Tuesday, 26 July 2011

PAMERAN KRAF PELAJAR SK CHERANA PUTEH









Hasil- hasil seni para pelajar Sk Cherana Puteh telah dipamerkan di Pusat Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka. selain daripada mempromosikan barangan, pameran ini telah memberi pendedahan kepada para usahawan kraf mengenai penghasilan kraf daripada bahan buangan. idea ini telah memberi suatu alternatif baru dalam bidang penghasilan kraftangan. Setiap barangan boleh dibeli melalui blog ini.

kolaj daripada plastik beg









kolaj ini dilhamkan dengan alam semulajadi yg diperbuat daripada bahan buangan utama iaitu plastik beg. selain itu kraf ini unik kerana mimik lukisan yg diperbuat daripada cat minyak.dengan kreativiti pelajar- pelajar setiap lukisan dijual dengan harga Rm 5.00.

KRAF DARI BAHAN BUANGAN(CARDBOARD,KERTAS,HASIL RIMBA)














Bingkai gambar di atas diperbuat daripada kotak-kotak buangan dan hasil rimba seperti siput,ranting-ranting kayu,bunga kering,biji-bijian dan lain-lain mengikut kreativiti murid-murid Sk Cherana Puteh. Barangan dijual dengan harga RM 5.50 seunit.
                                                 








Kotak perhiasan,bakul hiasan dan bakul serbaguna ini telah diperbuat daripada bahan terbuang iaitu carboard,kotak kasut dan kotak softboard. Hasil kraf daripada bahan terbuang ini dijual dengan hanya RM 10.00 sahaja.